Bahagian ini membawa saya rasa pengalaman ketika hamil sebelum ni.
Kadang-kadang ada juga perasaan rindu sewaktu mengandung sebab sakit
contraction ni banyak mengajar saya tentang kepayahan seorang ibu
mengandung.
Bagi ibu hamil pertama kali, apabila contraction berlaku pasti akan
mencemaskan anda dan juga suami . Untuk makluman anda, kontraksi atau
contraction pain ni tak semestinya akan memberikan tanda kita hendak
bersalin. TAPI ada kalanya FALSE SIGNAL juga berlaku.
Ni saya ambil dari babycenter.com :
Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan
merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan
pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus
anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda
tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali
dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita
akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor
bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih
serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda
menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa
bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi
serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan
menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi
menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah
cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa
perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku
semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau
semasa proses kelahiran itu sendiri.
Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan
kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini
kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak
memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran
sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali
sehari;
lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda
berduduk, dan sebaliknya;
tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
tahan lama;lebih teratur;lebih kerap;lebih menyakitkan;lebih panjang dan lebih
berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi
Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada
peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar,
terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit
kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks
anda.
Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan
kadangkala amat tidak selesa.
Walau bagaimanapun, jika anda merasakan
kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya
Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap
Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga
bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang
anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda
melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah
dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika
anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan
aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan.
Kadangkala mandi air panas juga membantu.