PENAWAR SAKIT BELAKANG IBU HAMIL

PENAWAR SAKIT BELAKANG IBU HAMIL
selamat digunakan untuk ibu pregnen tau.. Boleh check No.sijil KKM kami: NOT151103971K.

Jumaat, 10 November 2017

PENJAGAAN DIRI IBU HAMIL

PENJAGAAN DIRI IBU HAMIL

Bagi memastikan diri melalui kehamilan bebas daripada masalah dan
mendapat bayi yang sihat pastikan anda melakukan panduan berikut ketika
mengandung.

1) Buat pemeriksaan antenatal
Sebaik mengetahui anda hamil, segeralah buat janji temu untuk pemeriksaan
antenatal. Pemeriksaan ini penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Doktor sakit
puan yang memeriksa anda sejak awal hingga akhir kehamilan dapat
memantau kesihatan anda sepanjang hamil.

2) Jaga pemakanan
Hamil bukan bermakna perlu makan untuk dua orang sebaliknya pastikan
pengambilan makanan memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat
ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu sekitar 200 kalori sehari. Anda perlu
bijak memilih makanan yang kaya dengan khasiat dan nutrisi yang diperlukan
walaupun kadang kala ada ibu yang hilang selera terhadap sesuatu makanan.
Tetapi ia boleh digantikan dengan makanan lain yang mempunyai khasiat yang
sama.


3) Jaga kebersihan makanan
Ketika hamil ada makanan tertentu yang perlu dielakkan oleh bakal ibu kerana
ia membawa risiko kesihatan kepada bayi yang dikandung. Antaranya makanan
mentah atau separuh masak seperti telur mentah, stik daging separuh masak.
Ia boleh menyebabkan ibu terkena jangkitan bakteria salmonella. Bakal ibu
juga perlu elakkan mengambil keju matang lembut seperti Brie dan
Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. Keju keras seperti cheddar
dan keju lembut diproses seperti keju kotej, adalah selamat untuk dimakan.


4) Jangan lupa suplemen asid folik
Suplemen yang satu ini sangat sinonim dalam kalangan ibu hamil. Ia sangat
penting bagi membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub
neural bayi. Seeloknya suplemen ini diambil oleh bakal ibu yang merancang
untuk hamil dan jika sudah disahkan hamil ia penting diambil sepanjang tiga
bulan pertama kehamilan. Selain suplemen, ia turut boleh diperoleh daripada
pemakanan terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan
vitamin.


5) Lakukan senaman lantai pelvik
Biasanya wanita hamil mudah mengalami masalah tekanan inkontinens iaitu
air kencing bocor akibat aktivti tertentu seperti bersin, ketawa, batuk dan
senaman. Bagi membantu mengelakkan perkara ini , lakukan senaman lantai
pelvik sebelum atau semasa mengandung. Otot lantai pelvik adalah gantungan
otot di dasar pelvis yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ia akan
terasa lemah daripada biasa semasa hamil disebabkan tekanan tambahan ke
atasnya dan hormon kehamilan menyebabkan ia mengendur sedikit. Lantai
pelvik boleh diperkuatkan dengan melakukan senaman lantai pelvic tiga kali
sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan