PENAWAR SAKIT BELAKANG IBU HAMIL

PENAWAR SAKIT BELAKANG IBU HAMIL
selamat digunakan untuk ibu pregnen tau.. Boleh check No.sijil KKM kami: NOT151103971K.

Jumaat, 10 November 2017

SAKIT CONTRACTION KETIKA HAMIL

SAKIT CONTRACTION KETIKA HAMIL

Bahagian ini membawa saya rasa pengalaman ketika hamil sebelum ni.
Kadang-kadang ada juga perasaan rindu sewaktu mengandung sebab sakit
contraction ni banyak mengajar saya tentang kepayahan seorang ibu
mengandung.

Bagi ibu hamil pertama kali, apabila contraction berlaku pasti akan
mencemaskan anda dan juga suami . Untuk makluman anda, kontraksi atau
contraction pain ni tak semestinya akan memberikan tanda kita hendak
bersalin. TAPI ada kalanya FALSE SIGNAL juga berlaku.

Ni saya ambil dari babycenter.com :

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan
merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan
pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus
anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda
tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali
dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita
akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor
bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.


Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih
serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda
menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa
bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi
serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan
menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi
menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah
cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa
perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku
semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau
semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan
kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini
kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak
memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran
sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali
sehari;
lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda
berduduk, dan sebaliknya;
tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
tidak bertambah intensiti.

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
tahan lama;lebih teratur;lebih kerap;lebih menyakitkan;lebih panjang dan lebih
berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi
Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada
peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar,
terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit
kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks
anda.

Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan
kadangkala amat tidak selesa.

Walau bagaimanapun, jika anda merasakan
kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya
Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap
Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga
bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang
anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda
melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah
dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika
anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan
aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan.
Kadangkala mandi air panas juga membantu.



PENJAGAAN DIRI IBU HAMIL

PENJAGAAN DIRI IBU HAMIL

Bagi memastikan diri melalui kehamilan bebas daripada masalah dan
mendapat bayi yang sihat pastikan anda melakukan panduan berikut ketika
mengandung.

1) Buat pemeriksaan antenatal
Sebaik mengetahui anda hamil, segeralah buat janji temu untuk pemeriksaan
antenatal. Pemeriksaan ini penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Doktor sakit
puan yang memeriksa anda sejak awal hingga akhir kehamilan dapat
memantau kesihatan anda sepanjang hamil.

2) Jaga pemakanan
Hamil bukan bermakna perlu makan untuk dua orang sebaliknya pastikan
pengambilan makanan memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat
ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu sekitar 200 kalori sehari. Anda perlu
bijak memilih makanan yang kaya dengan khasiat dan nutrisi yang diperlukan
walaupun kadang kala ada ibu yang hilang selera terhadap sesuatu makanan.
Tetapi ia boleh digantikan dengan makanan lain yang mempunyai khasiat yang
sama.


3) Jaga kebersihan makanan
Ketika hamil ada makanan tertentu yang perlu dielakkan oleh bakal ibu kerana
ia membawa risiko kesihatan kepada bayi yang dikandung. Antaranya makanan
mentah atau separuh masak seperti telur mentah, stik daging separuh masak.
Ia boleh menyebabkan ibu terkena jangkitan bakteria salmonella. Bakal ibu
juga perlu elakkan mengambil keju matang lembut seperti Brie dan
Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. Keju keras seperti cheddar
dan keju lembut diproses seperti keju kotej, adalah selamat untuk dimakan.


4) Jangan lupa suplemen asid folik
Suplemen yang satu ini sangat sinonim dalam kalangan ibu hamil. Ia sangat
penting bagi membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub
neural bayi. Seeloknya suplemen ini diambil oleh bakal ibu yang merancang
untuk hamil dan jika sudah disahkan hamil ia penting diambil sepanjang tiga
bulan pertama kehamilan. Selain suplemen, ia turut boleh diperoleh daripada
pemakanan terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan
vitamin.


5) Lakukan senaman lantai pelvik
Biasanya wanita hamil mudah mengalami masalah tekanan inkontinens iaitu
air kencing bocor akibat aktivti tertentu seperti bersin, ketawa, batuk dan
senaman. Bagi membantu mengelakkan perkara ini , lakukan senaman lantai
pelvik sebelum atau semasa mengandung. Otot lantai pelvik adalah gantungan
otot di dasar pelvis yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ia akan
terasa lemah daripada biasa semasa hamil disebabkan tekanan tambahan ke
atasnya dan hormon kehamilan menyebabkan ia mengendur sedikit. Lantai
pelvik boleh diperkuatkan dengan melakukan senaman lantai pelvic tiga kali
sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.



SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENJADI IBU ?

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENJADI IBU?

Seorang Ibu perlu yakin dan sentiasa positif untuk menghadapi kelahiran anak. 

Semestinya kelahiran anak akan memberikan KEGEMBIRAAN yang penuh bernilai pada diri kita dan juga Keluarga. Jadi, 

BAYANGKAN KEGEMBIRAAN itu, supaya ujian seperti masalah kesihatan atau kesakitan sebelum atau semasa bersalin itu MUDAH DIATASI.

 Insyaallah… Sebagai seorang ibu hamil, anda juga akan sering menghadapi ke tidak stabilan EMOSI. 

Saya juga begitu. JADI, Sentiasa Positif amat penting ketika anda mengalami stiuasi ini. Perasaan Marah ke, perasaan cepat Sedih, atau Perasaan cepat Cemburu pun anda harus atasi dengan sentiasa Bersangka Baik dan mengamalkan Sifat yang Baik. Bak kata emak saya, setiap Aliran Sifat baik dari Sang Ibu akan mengalir kepada Anak. Jadi, sentiasalah positif mudah-mudahan Anak kita menjadi seorang yang soleh dan solehah. Amin…




Tanda Tanda Kehamilan

TANDA TANDA KEHAMILAN

Apakah antara tanda tanda kehamilan? Bagi yang baru berkahwin, tentu sekali tidak biasa tentang tanda-tanda mengandung. Kahwin awal, maka hamil muda? Apabila tidak sedap badan, ramai berasakan tidak sihat dan terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Selalu berlaku, doktor akan memberikan berita gembira yang tidak disangka-sangka!
Berbanding yang sudah pernah mengandung, tanda-tanda ini cukup jelas dan sudah difahami. Ada yang sudah beberapa minggu, malah beberapa bulan, tidak sedar bahawa dirinya mengandung. Apa-apapun, tidak kisah samada bakal dapat bayi kembar, anak lelaki atau anak perempuan, yang penting sihat!.
Mari kita lihat, apa tanda-tanda hamil yang bakal ibu perlu tahu:

1. HAID TIDAK DATANG

Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur, sekiranya ‘miss’ beberapa hari, besar kemungkinan anda perlu ke farmasi untuk membeli ‘pregnancy kit’. Usah tunggu lama-lama. Ujian kehamilan ini akan mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Namun, bagi yang mempunyai haid tidak teratur, ia agak sukar untuk diagak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu berharap jika ada tanda tanda kehamilan ini. Jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.

2. MUAL ATAU ‘MORNING SICKNESS’

Kalau mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, ia juga satu petanda baik. Perlu diingat, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air. Jumpa doktor untuk konsultasi dan maklumat lanjut agar kesihatan anda pada tahap optimal. Suami perlu bagi sokongan moral. Sedih sangat bila lihat isteri muntah-muntah di sinki.
Jika sudah ada tanda tanda kehamilan seperti ini, bila isteri termuntah, suami kena rajin tepuk-tepuk belakang isteri.

3. PAYUDARA YANG TEGANG DAN SENSITIF

Tiba-tiba dapat rasa payudara agak bengkak. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘tender breasts’ atau ‘swollen breasts’. Tampak lebih besar dan berat dari biasa. Ibu yang bakal mengandung kena pastikan pakai bra yang dapat menampung payudara dengan selesa. Walaupun tanda tanda kehamilan ini bukan yang paling jelas, ia masih lagi satu petunjuk yang seseorang wanita itu hamil.

4. SAKIT KEPALA

Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, penyebab emosional pula berkaitan dengan perasaan tegang dan’stress’. Peningkatan darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan sakit kepala bila berubah kedudukan tempat duduk.
Bila ada tanda tanda kehamilan seperti ini, walaupun tidak tahan, elakkan dari mengambil ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor. Elakkan beli ubatan sendiri di farmasi. Lebih baik berjumpa doktor terlebih dahulu.

5. RASA PENAT

Rasa ingin bermalas-malasan sahaja. Ingin baring dan berehat sepanjang masa. Ini juga berlaku akibat perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan. Peningkatan hormon progesteron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah.  Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini.
Suami jangan kata isteri mengada-ngada pula. Rasa penat itu sememangnya tanda tanda kehamilan.

6. PERUBAHAN ‘MOOD’ YANG KETARA

Wanita hamil memiliki ‘mood’ yang mudah berubah. Suami kena tahan sahaja bila ini berlaku. Ini kerana sekejap ‘happy’ sekejap sedih. Silap-silap, suami pula kena marah tanpa sebab. Usah bimbang kerana ini adalah perkara normal yang berlaku akibat perubahan hormon. Isteri anda hanya cuba menyesuaikan tubuh badan dengan kehadiran hormon baru.
Forum RatuHati juga membincangkan tanda tanda kehamilan dalam bentuk lebih santai. ‘Forumer’ di sana mengatakan, antara tanda seseorang itu mengandung ialah:
  • Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap – sue
  • Badan asyik berangin sahaja – ibualya
  • Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk – hani
  • Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja. – ayu
  • Demam tiba-tiba dan puting rasa pedih bila anak menyusu. Kuantiti susu perahan juga berkurangan – niza
  • Lidah rasa pahit dan tidak ada selera makan. – najihah
  • Kerap buang air – halida
  • Rasa pemalas sangat-sangat. – fiza
  • Sakit pinggang yang amat. Serba tidak kena. Apabila sepatutnya datang haid, sakit perut sangat, kejang. – cikzura baik ada biobax
  • Saya tidak boleh makan nasi. Jika makan, saya akan muntah – hema
  • Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa.- Mrs A.H
  • Selera makan yang melampau – shazie
  • Rasa sakit berdenyut pada rahim. Mula rasa sakit yang sepatutnya jadi hari kedua haid – lovelyrose
  • Ada brown spotting (implantation bleeding) – yana
  • Seminggu sebelum period saya sudah rasa perut tegang, payudara sakit di bahagian puting dan berdenyut-denyut di sekitarnya – khailyn
  • Badan rasa panas. – ladyamal
  • Banyak air liur. Sering berludah – Kirana
  • Kulit berminyak dan berjerawat. Saya jadi sangat sensitif tidak bertempat – krsty
  • Tidak boleh tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah – iman
  • Banyak keputihan yang keluar, kemudian rasa pening macam hendak pitam – reese
  • Suami demam teruk. Sampai kawan-kawan suami cakap, isteri mengandung agaknya. Dua tiga hari saya sakit bahagian pinggang rasa cekang semacam – idayah
  • Degup nadi di perut makin ketara – lollypop
  • Suami akan ada selera yang tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan. – hana
  • Tidak suka bau goreng-goreng – Jenny
  • Instint yang kuat sangat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada ‘isi’ – chamomile
  • Keluar keputihan pekat, macam susu. Kulit bersih tanpa jerawat. – Rara
Adakah tanda tanda mengandung ini akan kekal atau hilang? Biasanya, tanda tanda kehamilan ini akan hilang pada trimester 2. Apa yang penting, tidak kisah samada anak lelaki atau perempuan, kembar ataupun tidak, yang paling penting anak kita sihat. Pastikan jaga pemakanan seharian. Lebih baik jika makan makanan ibu mengandung menurut Islam.
Ikuti senaman ibu mengandung untuk kekal cergas. Jangan makan makanan yang dilarang untuk ibu mengandung pula. Dan untuk rasa selesa dan tenang boleh gunakan biobax cool therapy yang telah dicipta untuk ibu hamil dan dapat kelulusan KKM.



BANTU IBU HAMIL YANG SUSAH TIDUR MALAM

BANTU IBU HAMIL YANG SUSAH TIDUR MALAM


Masalah susah tidur ketika hamil boleh bermula seawal trimester pertama lagi. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin akan berkurang seiring dengan pertambahan usia kehamilan. Tapi, sebahagian wanita mengalami masalah tidur yang lebih teruk apabila bayi bertambah besar. Malah, kehadiran simptom-simptom kehamilan yang lain seperti sakit badan, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan pelvis, atau kerap terkencing di waktu malam.
Perubahan hormon dan fizikal seringkali disebut-sebut sebagai punca pelbagai ketidakselesaan semasa mengandung. Mungkin ada wanita yang memikirkan bahawa mereka cuma akan mengalami masalah tidur selepas kehadiran bayi. Tapi, sebenarnya ia boleh bermula sebelum itu lagi.
Apapun, jangan susah hati, berikut adalah beberapa cara mengatasi masalah susah tidur ketika hamil

6 CARA MENGATASI MASALAH SUSAH TIDUR KETIKA HAMIL

1. KURANGKAN MINUM AIR SELEPAS PUKUL 6 PETANG

Jika anda mengalami masalah sering ke tandas pada waktu malam, cuba minimakan air yang diminum selepas makan malam.
Minuman seperti kopi atau soda amatlah tidak digalakkan kerana ia menggalakkan pembuangan air kecil yang lebih kerap.

2. MINUM SEGELAS SUSU

Menurut laman web kesihatan Fit Pregnancy, minum segelas susu suam sebelum tidur dapat membantu anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.
Ramai pakar berpendapat bahawa asid amino L-trytophan yang terkandung di dalamnya menjadikan paras serotonin meningkat hingga membuatkan kita berasa mengantuk.

3. CUBA DAPATKAN POSISI YANG SESUAI

Sekiranya anda selalu mengalami masalah pedih ulu hati, cuba gunakan beberapa biji bantal untuk membantu mendapatkan posisi yang lebih sesuai, di mana bahagian kepala ditinggikan dengan cara yang selesa.
Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan bantal kehamilan yang direka khas untuk membantu ibu hamil tidur lena. Nampak sangat selesa!

4. JANGAN TIDUR SEMASA PERUT KOSONG

Menurut pakar pemakanan, rasa loya atau mual lebih mudah menyerang sekiranya anda tidur dalam keadaan perut kosong. Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada mengganggu tidur, pastikan anda mengambil sedikit snek berprotein tinggi seperti sandwich, kekacang, atau buah-buahan.

5. ELAKKAN MAKANAN YANG MENYEBABKAN KETIDAKSELESAAN

Apa yang kita makan pada siang hari juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada waktu malam. Antaranya makanan pedas, berempah, berminyak, dan berlemak.
Selain itu, sesetengah wanita juga cenderung mengalami kekejangan kaki semasa tidur. Pakar menyarankan ibu hamil untuk mendapatkan sumber kalsium dan magnesium secukupnya melalui makanan seperti sayuran hijau dan produk tenusu seperti tempe, yogurt, dan tauhu.

6. URUTAN

Antara perkara yang paling menenangkan dan membantu masalah susah tidur ketika hamil adalah urutan. Apabila diurut dengan semburan khas ibu mengandung biobax cool therapy, ia sedikit sebanyak melancarkan peredaran darah.
Lebih seronok kalau dapat diurut oleh suami. Selain memberi kelegaan, dapat juga menenangkan perasaan dan merapatkan hubungan.


MEMANG ADA MASANYA MATA SUKAR DILELAPKAN

Walaupun dicuba berkali-kali, ada masanya kita memang tak berjaya tidur walaupun jam sudah menunjukkan jam 1 pagi. Jika ia berlaku, berhentilah daripada berpusing-pusing dan berasa stres.
Sebaliknya, cuba lakukan sesuatu seperti membaca buku, mendengar muzik, atau melakukan apa-apa aktiviti yang anda ingin lakukan. Lama-kelamaan, anda pasti akan berasa letih dan tertidur.
Jika perlu, dapatkan tidur siang selama 20-30 minit untuk menampung kekurangan jam tidur pada waktu malam. Dapatkan kepastian dari doktor sekiranya masalah bertambah teruk dan bercadang mengambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen tambahan.


Khamis, 9 November 2017

What causes back pain in pregnancy?

Back pain is common in pregnancy. Somewhere between a half and three quarters of pregnant women have it at some stage. However, there is plenty you can do to ease the discomfort and stop it turning into a long-term problem. 

Some women who had back pain before they became pregnant find it improves as their pregnancy progresses. With the right advice and treatment, it's rare for back pain to cause difficulties in labour. 

What causes back pain in pregnancy?

Back pain in pregnancy can be divided into two categories:
  • True back pain, which is caused by the same factors as back pain in women who are not pregnant.
  • Pelvic girdle pain (PGP), which happens as a result of pregnancy and needs to be managed very differently to back pain.

True back pain
 
This occurs when ligaments (the tough, flexible tissues that connect your bones), muscles, discs and joints are strained by poor posture, bad lifting technique, weak or tight muscles or injury. If you suffer from this, you are likely to have had it before becoming pregnant

It often gets worse towards the end of the day or if you have been on your feet for a long time. This is because your muscles get tired and your ligaments stretch slightly from the weight of your body and baby. 

A few women, less than one per cent, will have sciatica during pregnancy. Inflammation or pressure from the back causes the sciatic nerve (which runs from your lower back to your feet) to become painful. This can send pain down your leg, or cause weakness or pins and needles. 

Contrary to popular opinion, sciatica is not caused by your baby pressing on a nerve. The chances are that if you have sciatica, it would have come on whether you were pregnant or not

Pelvic girdle pain 
This occurs as a result of pregnancy and needs to be managed very differently to back pain. Standard treatments for back pain usually don't work for PGP and can even make the pain worse

If you feel pain on or around your pubic bone at the front, you may have symphysis pubis dysfunction (SPD), a condition associated with particular ligaments in your pelvis. 

Can I prevent back pain?

Back pain can be helped by making sure that you are as fit as possible before becoming pregnant. If you are already pregnant, it is not too late to work on your fitness. Weekly exercise will cut your chances of suffering back pain

If you are not used to taking exercise, start slowly. Checking your posture, avoiding heavy lifting and following some simple back care advice can also help to prevent problems developing. 

If you do have to lift anything, hold it close to your body, bend your knees rather than your back and try not to twist. See our article on protecting your back and pelvis

What can I do to ease my back pain?

The following suggestions may help: 

  • Exercises: Pelvic floor and tummy exercises can reduce the strain. Get down onto your hands and knees and level your back so that it is roughly flat. Breathe in and then, as you breathe out, squeeze in your pelvic floor muscles and pull your belly button in and up. Keep squeezing for between five and 10 seconds without holding your breath and without moving your back. Relax the muscles slowly at the end of the exercise.

  • Massage: This soothes tired, aching muscles. Lean forward over the back of a chair or lie on your side. Ask your husband to gently massage your lower back and the muscles that run either side of your spine. A trained massage therapist or a physiotherapist may be able to help you further.

  • Good posture: If you have pain over your tailbone (coccyx), try not to slump when sitting and arch your back as much as is comfortable. Try sitting on a soft or wedge-shaped cushion or a cushioned ring.

  • Swimming: Take an aquanatal class if you can find one. They can help ease back pain during pregnancy.

  • Acupuncture: It is essential that you find a practitioner who is trained and experienced in using acupuncture during pregnancy.

  • Maternity pillows: Sleeping on your side with a wedge-shaped pillow under your tummy may help.

  • Heat and water: A warm bath, a hot pack or a warm jet of water from a shower head can ease discomfort.

  • Support belts: These take some of the weight of your baby off your tummy muscles and back.

  • Use safe cool oil treatment: Biobax Cool Therapy  is a therapeutic spray product to reduce back pain and back pain especially for pregnant women and for our mother and father in a village that often complains of pain.

When should I seek help from a specialist?

If you think that you have PGP or sciatica, or if you have backache and these suggestions haven't helped, ask to see a physiotherapist. Your doctor can refer you. A registered, qualified chiropractor or osteopath may also be able to help. 


Apakah yang menyebabkan sakit belakang semasa hamil?

Sakit belakang adalah perkara biasa dalam kehamilan. Dianggarkan kira-kira separuh hingga tiga perempat wanita hamil mengalaminya. Walau bagaimanapun, ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan ini dan menghalangnya daripada menjadi masalah jangka panjang.

Sesetengah wanita yang mengalami sakit belakang sebelum mereka hamil mendapati keadaan mereka bertambah baik apabila usia kehamilan meningkat. Dengan nasihat dan rawatan yang betul, jarang bagi sakit belakang menyebabkan kesukaran semasa kelahiran.

Apakah yang menyebabkan sakit belakang semasa hamil?

Sakit belakang dalam kehamilan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
  • Sakit belakang sebenar, yang disebabkan oleh faktor yang sama dengan sakit belakang yang dialami wanita yang tidak hamil.
  • Sakit girdel pelvis (PGP), yang berlaku akibat kehamilan dan perlu diuruskan secara berbeza daripada sakit belakang.


Sakit belakang sebenar berlaku apabila ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda), otot-otot, cakera dan sendi-sendi anda tertekan akibat postur yang tidak elok, teknik mengangkat yang salah, otot-otot yang lemah atau ketat, ataupun kecederaan. Jika anda mengalami masalah ini semasa hamil, kemungkinan besar anda sudahpun mengalaminya sebelum hamil lagi.

Masalah ini biasanya menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau sekiranya anda telah berdiri untuk jangka masa yang lama. Ini kerana, otot-otot anda menjadi letih dan ligamen anda tertarik sedikit akibat berat badan dan bayi anda.
Sesetengah wanita, iaitu kurang daripada satu peratus, akan mengalami skiatika semasa hamil. Keradangan atau tekanan daripada belakang menyebabkan saraf skiatik (yang mengunjur daripada bahagian bawah belakang hingga ke tapak kaki) menjadi sakit. Ini menyebabkan rasa ngilu sepanjang kaki anda, atau rasa mencucuk-cucuk.


Berbeza daripada pendapat ramai, skiatika bukan disebabkan oleh bayi yang menekan saraf anda. Jika anda mengalami skiatika, kemungkinan besar ia akan tetap berlaku samada anda hamil ataupun tidak.

Sakit girdel pelvis berlaku akibat kehamilan, dan ia perlu diuruskan secara berlainan daripada sakit belakang. Rawatan biasa bagi sakit belakang biasanya tidak berkesan untuk PGP, malah boleh membuatkan kesakitan itu bertambah teruk.
Jika anda rasa sakit pada atau di sekitar tulang pubis pada bahagian hadapan, anda mungkin mengalami disfungsi pubis simfisis (SPD), iaitu satu penyakit yang dikaitkan dengan ligamen tertentu pada pelvis anda.



Bolehkah saya mengelakkan sakit belakang?

Sakit belakang boleh dielakkan dengan memastikan anda secergas yang mungkin sebelum anda hamil. Jika anda sudahpun hamil ketika ini, masih tidak terlambat untuk anda melakukan sesuatu untuk mengekalkan kecergasan. Senaman yang kerap dapat mengurangkan kemungkinan anda mengalami sakit belakang.

Jika anda tidak biasa bersenam, mulakan perlahan-lahan. Memeriksa postur anda, mengelak daripada mengangkat benda berat dan menuruti nasihat mudah tentang penjagaan belakang juga dapat membantu mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

Jika anda perlu mengangkat sesuatu, pegang benda itu rapat kepada badan anda, bengkokkan lutut (bukannya belakang) dan cuba jangan pusingkan badan. Bacalah artikel kami mengenai melindungi belakang dan pelvis anda.



Apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan sakit belakang?

Saranan-saranan berikut mungkin dapat membantu:
  • Senaman: Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dank e atas. Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.

  • Urutan: Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat tukang urut terlatih atau ahli fisioterapi.

  • Postur yang baik: Jika anda mengalami kesakitan pada tulang tongkeng, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut yang berbentuk baji atau berbentuk cincin.

  • Berenang: Sertai kelas akuanatal jika ada. Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit belakang semasa hamil.

  • Akupunktur: Adalah penting bagi anda mendapatkan pengamal akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merawat wanita hamil.

  • Bantal materniti: Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu.

  • Kehangatan dan air: Mandian hangat, tuaman panas atau pancuran air panas dapat melegakan ketidakselesaan.

  • Tali pinggang sokongan: Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda.


  • Guna Miyak Biobax cool Therapy : Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik.Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.


Bilakah saya harus mendapatkan bantuan pakar?

Jika anda rasa anda menghidap PGP atau skiatika, atau sekiranya anda mengalami sakit belakang dan saranan-saranan di atas tidak membantu, jumpalah ahli fisioterapi. Doktor anda mungkin dapat memberi rujukan. Ahli kiropraktik atau ostepati yang berdaftar dan berkelayakan juga mungkin dapat membantu.